Keutamaan Kami :
Kasih Sayang & Ilmu
Pusat Jagaan Titian Kaseh, lebih dikenali sebagai Rumah Titian Kaseh (RTK) merupakan sebuah badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang
ditubuhkan pada tahun 1998 dengan tujuan untuk menyediakan tempat perlindungan bagi kumpulan yang memerlukan seperti anak-anak yatim piatu atau terbiar, ibu tunggal, wanita teraniaya, orang kurang upaya (OKU).
Terletak berdekatan dengan Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur, pusat kami memainkan peranan yang penting dengan misi utama untuk
memberikan bantuan, perlindungan, sokongan dan pembelaan kepada golongan yang kurang
bernasib baik.
Sertai kami untuk perjalanan transformasi ke arah membawa harapan, menawarkan sokongan dan menghulurkan belas kasihan kepada mereka yang menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan.