
Corporate Social Responsibility (CSR) merujuk kepada komitmen sesebuah syarikat untuk beroperasi secara beretika dan memberi sumbangan positif kepada masyarakat dan alam sekitar. Tanggungjawab Sosial Korporate bukan sekadar aktiviti kebajikan, tetapi juga melibatkan usaha meningkatkan kesejahteraan sosial, ekonomi dan pendidikan komuniti setempat. Inisiatif ini selaras dengan prinsip kelestarian dan keprihatinan sosial dalam perniagaan moden.
Rumah Titian Kaseh sebagai sebuah organisasi kebajikan amat menghargai sokongan korporat melalui program CSR. Sumbangan dalam bentuk kewangan, keperluan harian, pendidikan atau latihan kemahiran mampu memberikan impak besar kepada penghuni rumah ini, khususnya anak yatim, ibu tunggal dan golongan kurang bernasib baik.
Antara manfaat utama corporate social responsibility kepada RTK ialah peningkatan taraf hidup penghuni, penyediaan peluang pendidikan dan pembangunan diri, seta membina keyakinan dan semangat baru dalam diri mereka. Selain itu, penglibatan syarikat dalam program sukarelawan dan aktiviti kemasyarakatan di RTK turut mengeratkan hubungan antara sektor korporat dan komuniti.
Melalui kerjasama ini, syarikat bukan sahaja memperkukuh imej positif di mata masyarakat, malah menjadi sebahagian daripada usaha murni membentuk generasi yang lebih berdaya saing dan penyayang. Corporate social responsibility bukan sahaja memberi, tetapi juga mencipta perubahan – dan di Rumah Titian Kaseh, setiap sumbangan membawa harapan.