
Celcom Axiata Berhad menyemarakkan semangat sumbangan di bulan Ramadan. Memandangkan bulan Ramadan yang mulia dipenuhi dengan semangat kemurahan hati dan memberi, Celcom menghulurkan tangan untuk meringankan beban dan mencetuskan kegembiraan untuk rumah perlindungan Non Profit Charity NGO Malaysia.
Penghuni rumah tersebut gembira menerima jamuan istimewa ‘buka puasa’ daripada ahli Celcom Enterprise Business Division, bersama Azlan Zainal Abidin, Chief of Enterprise Business Officer Celcom Axiata Berhad. Azlan turut mengambil kesempatan untuk turun padang bersama pasukan sukarelawan volunteer, di mana beliau menyerahkan bantuan keperluan penting seperti beras, tepung dan bekalan makanan lain derma kepada Rumah Titian Kaseh, pusat jagaan dan perlindungan kepada lebih 80 anak yatim dan ibu tunggal.
Beberapa rumah kebajikan di Lembah Kelang, seperti Rumah Titian Kaseh Titiwangsa di Kuala Lumpur, Pusat Jagaan Amal Syurga di Sungai Buloh, Rumah Anak Yatim Asnaf Assolihin, Kanchong Darat, dan sebuah pusat jagaan warga emas iaitu Pusat Jagaan Mahmudah di Semenyih serta beberapa buah rumah anak yatim telah menerima semangat Ramadan yang dihulurkan oleh Celcom pada 20 Mei lalu.
Celcom berkata, inisiatif perkongsian semangat kasih sayang dan kongsi rezeki itu bergema dengan komitmen CSR corporate social responsibility berterusan syarikat telekomunikasi untuk memastikan tiada sesiapa yang ketinggalan, dalam masa yang mencabar sebegitu.
Rumah Titian Kaseh dikenali sebagai RTK merupakan sebuah Not for Profit Charity NGO yang ditubuhkan pada tahun 1998 dengan tujuan untuk menyediakan rumah perlindungan bagi kumpulan yang memerlukan seperti anak anak yatim atau terbiar, ibu tunggal, wanita teraniaya, bantuan OKU. Terletak berdekatan dengan Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur, pusat kami memainkan peranan yang penting dengan misi utama untuk memberikan bantuan, perlindungan, sokongan dan pembelaan kepada golongan yang kurang bernasib baik.
Mari kongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan. Sokongkan usaha murni ini melalui bayaran zakat online eZakatonline yang mudah dan cepat. Sumbangan anda membawa harapan dan senyuman. Hulurkan bantuan hari ini untuk masa depan mereka.