Terkumpul Daripada Sasaran Sumbangan
Objektif kempen ini adalah untuk selesaikan baki pembelian rumah perlindungan Titian Kaseh sebelum hujung 2025, demi memastikan anak yatim dan asnaf tidak kehilangan tempat berteduh terakhir mereka.

“Kalau rumah ini diambil… Kami macam mana?”
Rumah Titian Kaseh kini berdepan saat paling kritikal.
Dari kecil lagi anak-anak yang ada di sini sudah memahami erti untuk berdikari menguruskan kehidupan mereka sendiri walaupun masih kecil.
Tidak ramai yang tahu, rumah yang anak-anak berteduh sekarang ini BAKAL DIAMBIL SEMULA seandainya hutang pembelian rumah ini yang pada asalnya RM3 juta yang sepatutnya perlu diselesaikan sebelum akhir 2024, namun atas perundingan pemilik rumah ini, pihak Titian Kaseh telah diberi tempoh untuk selesaikan pembelian rumah ini sebelum Disember 2025 ini yang berbaki hampir RM900,000 sahaja lagi.
Tempat Berteduh Bukan Sekadar Bangunan
Di sinilah mereka belajar berjalan. Di sinilah mereka kenal erti kasih sayang Di sinilah mereka diajar untuk berdikari sejak kecil walaupun tiada mak tiada ayah. Di rumah ini mereka melakukan aktiviti harian mereka belajar, bermain dan makan.
Rumah ni bukan rumah biasa. Ia adalah syurga kecil dimana usaha Mak Pah ingin membeli rumah ini untuk menyelamatkan anak-anak daripada sejarah hitam dan terus memberikan perlindungan kepada anak-anak mangsa terabai, tiada mak, tiada ayah, mahupun keluarga serta, mangsa penderaan, OKU dan tiada penempatan.
Dengan keadaan ekonomi yang makin mencabar, ia menambah kesukaran kami untuk terus memberi perlindungan kepada anak-anak ini.
Namun, dengan dana ini juga kami akan gunakan untuk pembayaran bagi dana operasi dan keperluan harian anak-anak yatim dan asnaf di sini.
“Anak-anak memohon rayuan orang ramai agar bantu selamatkan satu-satunya rumah perlindungan mereka…”
Wajah anak-anak yang bahagia tinggal di rumah ini, namun, sejak mereka sudah ketahui bahawa rumah mereka bakal diambil semula, mereka rasa sedih saat ini. Hati ibu mana yang nak tengok anak-anak yang masih kecil hidup dalam kesusahan? Dengan keadaan usia mereka yang masih kecil, tak sanggup kami membiarkan mereka sekali lagi merasai sejarah hitam buat mereka untuk keluar dari rumah perlindungan yang sudah banyak memberi erti kehidupan kepada anak-anak selama ini.
Sayang rasanya untuk melepaskan rumah yang banyak memberi 1001 kenangan buat kami terutamanya dalam membesarkan anak-anak yatim dan asnaf yang memerlukan ini.
Tambahan pula, menjadi salah satu asbab keinginan kami untuk mengekalkan rumah ini adalah kerana di kawasan ini banyak kemudahan seperti sekolah, kolej, hospital, taman reaksi, dan sebagainya yang sememangnya banyak membantu memudahkan urusan anak-anak ini untuk merasai kehidupan seperti anak-anak di luar sana.
Meskipun anak-anak di sini tiada waris mahupun keluarga, namun penjaga Titian Kasih tak pernah putus asa untuk gembirakan hati anak-anak di sini.
Dengan ini, Mak Pah dan barisan penjaga anak-anak yatim dan asnaf Rumah Titian Kaseh ingin memohon rayuan daripada tuan dan puan yang budiman di luar sana untuk bersama-sama membantu menghulurkan sumbangan ikhlas buat anak-anak di sini dengan harapan anak-anak tahfiz yang masih kecil ini kuat untuk meneruskan kehidupan mereka pada masa akan datang.
Insya-Allah, dengan sumbangan daripada tuan dan puan dibalas dengan sebesar-besar ganjaran daripada Allah SWT.
“Barangsiapa yang memelihara anak yatim dan memberinya makan dan minum nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam syurga kecuali jika dia melakukan dosa yang tidak dapat diampuni.” (Riwayat al-Tirmizi)
Klik butang “Sumbang Sekarang”, bantu selamatkan rumah terakhir mereka.
Jangan tunggu, kerana mereka tak mampu tunggu lagi…
Jom #BuatBaik!