Era FM Sambut Bersama Anak Yatim

Sempena ulang tahun ke-20 yang jatuh hari ini, stesen radio Era FM memilih untuk meraikannya bersama anak-anak yatim di Rumah Titian Kaseh, Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Pengurus Rancangan Era FM, Nazri Noran berkata, mereka sepakat mengadakan sambutan secara sederhana dengan mengadakan majlis kesyukuran di Rumah Titian Kaseh.

Sebelum ini, kami kerap menyambut dengan acara yang gah. Namun, kali ini kami memilih untuk bersederhana dan berkongsi rezeki dengan anak- anak di rumah kebajikan ini.

“Ada banyak aktiviti tanggungjawab sosial korporat yang kami jalankan. Tapi, ini adalah kali pertama ulang tahun disambut bersama anak-anak yatim,” katanya.

Scroll to Top