Halangan Dan Cabaran Mengendalikan Organisasi Kebajikan Dan Mengapa Ia Memerlukan Sokongan Komuniti

Mengendalikan rumah kebajikan not for profit NGO bukanlah satu tugas yang mudah. Terdapat pelbagai halangan dan cabaran yang perlu dihadapi oleh pihak pengurusan NGO Malaysia dalam usaha membantu golongan yang memerlukan. Antara cabaran utama ialah kekurangan dana. Kebanyakan non profit NGO organisasi kebajikan bergantung kepada sumbangan sedekah orang ramai, dan jika sumber derma terhad, ia akan menjejaskan operasi harian rumah anak yatim serta program bantuan.

Selain itu, kekurangan sukarelawan volunteer yang komited juga menjadi isu. Ramai yang berminat untuk membantu, derma, donation, namun sukar untuk mendapatkan individu yang sanggup memberi masa secara konsisten. Cabaran lain termasuk isu birokrasi, kekangan undang-undang, dan kurangnya kesedaran masyarakat terhadap peranan organisasi kebajikan non profit NGO Malaysia.

Tambahan pula, ada organisasi yang menghadapi stigma atau salah faham daripada masyarakat, seperti dakwaan penyelewengan dana atau keraguan terhadap ketelusan pengurusan. Ini boleh menjajaskan kepercayaan awam dan menurunkan jumlah sumbangan. 

Disebabkan cabaran-cabaran ini, organisasi kebajikan amat memerlukan sokongan komuniti. Sokongan bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit, tetapi juga masa, tenaga, kemahiran, kasih sayang dan sokongan CSR Program Corporate Social Responsibility. Apabila masyarakat bersama-sama menyumbang, barulah organisasi kebajikan dapat menjalankan tugas mereka dengan lebih berkesan dan menyeluruh.

Pusat Jagaan Titian Kaseh, lebih dikenali sebagai Rumah Titian Kaseh (RTK) merupakan sebuah Not for Profit Charity NGO yang ditubuhkan pada tahun 1998 dengan tujuan untuk menyediakan rumah perlindungan bagi kumpulan yang memerlukan seperti anak anak yatim atau terbiar, ibu tunggal, wanita teraniaya, bantuan OKU.

Terletak berdekatan dengan Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur, pusat kami memainkan peranan yang penting dengan misi utama untuk memberikan bantuan, perlindungan, sokongan dan pembelaan kepada golongan yang kurang bernasib baik.

Mari kongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan. Sokongkan usaha murni ini melalui bayaran zakat online eZakatonline yang mudah dan cepat. Sumbangan anda membawa harapan dan senyuman. Hulurkan bantuan hari ini untuk masa depan mereka.

Scroll to Top