RM5 daripada setiap menu ‘All New Sharing Platters’ yang dibeli telah disumbangkan kepada Rumah Titian Kaseh pada musim Ramadhan dan Aidilfitri 2018. Peti derma diletakkan di semua cawangan NY Steak Shack sebagai sebahagian daripada inisiatif pengumpulan dana dari 14 Mei 2018 hingga 15 Julai 2018. Kutipan dana tersebut adalah semata-mata untuk sokongan kewangan Rumah Titian Kaseh.