Jabatan Agama Islam Program Jalinan Kasih Dan Khidmat Bakti Jawi Bersama Rumah Titian Kaseh

Bertempat di Rumah Titian Kaseh Titiwangsa, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI melalui Unit Kebajikan Islam telah berjaya melaksanakan Program Jalinan Kasih dan Khidmat Bakti JAWI bersama Rumah Titian Kaseh.

Tujuan utama pelaksanaan program ini adalah untuk menyantuni Penghuni Rumah Titian Kaseh di samping menyalurkan sumbangan berbentuk wang tunai, barang keperluan persekolahan anak-anak yatim dan rumah kebajikan yang bernilai RM12,000.00. Serahan sumbangan telah disempurnakan oleh YB Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Selain itu juga, JAWI Food Bank turut menyumbang makanan dan keperluan asas antaranya beras, tepung, gula, biskut dan juga lampin pakai buang bernilai hampir RM3000.00. Semoga sumbangan yang diberikan dapat meringankan bebanan yang dipikul oleh pihak pengurusan Rumah Titian Kaseh.

Scroll to Top