Pengarah Kara Marketing Malaysia, Encik Susanto menyerahkan replika sumbangan bernilai RM3,000 kepada Pengurus Rumah Titian Kaseh, Akmal Yusof pada Majlis Agihan Bubur Lambuk Kara Satukan Rasa di Rumah Titian Kaseh, Titiwangsa.
Pada 16 Mac 2026, Rumah Titian Kaseh, Titiwangsa telah menerima kunjungan istimewa melalui program “Kara Satukan Rasa”, hasil kerjasama pihak Kara Malaysia bersama rakan media UtusanTV dalam menyantuni penghuni rumah kebajikan ini sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan.
Program ini berlangsung dalam suasana penuh kemeriahan apabila para penghuni diraikan dengan pelbagai aktiviti menarik serta jamuan istimewa. Antara yang mencuri tumpuan ialah penyediaan dan pengagihan bubur lambuk, yang menjadi simbol tradisi Ramadan dan dikongsi bersama penghuni serta para sukarelawan yang hadir.
Kehadiran pihak penganjur bukan sahaja membawa sumbangan makanan, malah turut meluangkan masa berinteraksi dengan anak-anak Rumah Titian Kaseh. Momen kebersamaan ini jelas menceriakan suasana, dengan gelak tawa dan senyuman yang terpancar daripada para penghuni sepanjang program berlangsung.
Selain itu, program ini turut bertujuan menyemai nilai kasih sayang, keprihatinan dan semangat berkongsi rezeki, sejajar dengan makna sebenar Ramadan. Ia juga menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara masyarakat, pihak korporat dan institusi kebajikan dalam usaha membantu golongan yang memerlukan.
Izzue Islam dan Datin Alyah menyantuni Pengasas Rumah Titian Kaseh, Sharifah Adlan ketika hadir memeriahkan suasana majlis sambil berkongsi kegembiraan bersama para tetamu serta anak-anak RTK.
Izzue Islam dan Datin Alyah hadir memeriahkan suasana majlis sambil berkongsi kegembiraan bersama para tetamu serta anak-anak RTK.
Pengarah Kara Marketing Malaysia, Encik Susanto bersama Ketua Pengarang UtusanTV, Metra Syahril Mohamed serta Pengurus Rumah Titian Kaseh, Akmal Yusof bergambar bersama anak-anak Rumah Titian Kaseh selepas menyampaikan sumbangan duit raya pada Majlis Agihan Bubur Lambuk Kara Satukan Rasa di Rumah Titian Kaseh, Titiwangsa.
Pengarah Kara Marketing Malaysia, Encik Susanto bersama Ketua Pengarang UtusanTV, Metra Syahril Mohamed serta pelakon dan penyanyi, Izzue Islam memyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak Rumah Titian Kaseh.
Program anjuran bersama Kara Marketing dan UtusanTV turut diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk pertandingan mewarna kanak-kanak, persembahan artis serta kemunculan Badut membuat pertunjukkan silap mata.
Pengarah Kara Marketing Malaysia, Encik Susanto bersama Ketua Pengarang UtusanTV, Metra Syahril Mohamed; chef terkenal, Datuk Chef Ismail serta Pengurus Rumah Titian Kaseh, Akmal Yusof dan Pengurus Jenama Kara, Shah Rizal melakukan gimik memasak bubur lambuk dengan menggunakan santan Kara pada Majlis Agihan Bubur Lambuk Kara Satukan Rasa di RTK.
Bagi penghuni Rumah Titian Kaseh, program seperti ini amat bermakna kerana ia bukan sahaja memenuhi keperluan harian, tetapi turut memberi pengalaman indah serta kenangan yang sukar dilupakan sepanjang bulan yang mulia ini.
Pihak Rumah Titian Kaseh merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Kara dan semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga usaha murni ini terus menjadi inspirasi kepada lebih ramai pihak untuk tampil menyumbang dan menyantuni komuniti yang memerlukan.
Pautan Laporan Media Berita / Keratan Akhbar / Media Sosial
Berita Harian
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/03/1523325/kara-satukan-rasa-santuni-rumah-titian-kaseh
