Maggi Dan Nestle Bawa Keceriaan Ramadan Ke Rumah Titian Kaseh

Sempena bulan Ramadan, kakitangan dari Maggi dan Nestle Malaysia telah meluangkan masa untuk melawat rumah anak yatim Rumah Titian Kaseh. Turut menyertai mereka ialah pegawai eksekutif perniagaan Maggi Geetha Balakrishna, ketua pegawai eksekutif Nestle Malaysia Juan Aranols,  dan pengurus pemakanan kategori Nestle Nurul Iliani Ahmad.

Tukang masak Maggi telah menyediakan Maggi bubur lambuk untuk berbuka puasa bersama kami. Bubur nasi penuh perisa ini yang secara tradisi diagihkan pada bulan Ramadan, dimasak dengan menggunakan ramuan segar dan rempah untuk menghasilkan sajian yang lazat dan sihat untuk berbuka puasa bulan Ramadan.

Untuk gotong royong membantu membersihkan rumah perlindungan sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri, sukerelawan volunteer Nestle termasuk pasukan dari Maggi telah mengadakan sesi gotong royong. Para sukarelawan volunteer turut menceriakan rumah dengan mmengecat baharu bahagian dinding rumah. 

Demi memupuk amalan pemakanan yang baik, satu sesi pemakanan interaktif juga  dianjurkan untuk kanak-kanak. Dalam sesi kendalian Puan Nurul Iliani Ahmad, Pengurus Pemakanan Kategori, Nestle Malaysia, kanak-kanak telah diajar tentang kumpulan makanan dan piramid makanan menerusi permainan yang menyeronokkan. 

Sejajar dengan komitmen Nestlé terhadap pemuliharaan alam sekitar, Nestlé telah mendidik kanak-kanak di RTK tentang betapa pentingnya amalan mengitar semula. Untuk menyemai amalan kitar semula yang efektif, kakitangan Nestlé berganding bahu dengan mereka untuk membuat hiasan rumah yang kreatif bagi menceriakan suasana menggunakan bahan kitar semula recycled, termasuk bahan promosi, kotak kadbod dan botol plastik. 

Pengasas Rumah Titian Kaseh Hajah Sharifah Binti Haji Adlan merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Maggi dan Nestle atas sumbangan bantuan dan amal jariah yang dihulurkan kepada rumah kebajikan dan perlindungan anak anak yatim terletak berdekatan dengan Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur.

Kami amat teruja dengan kunjungan pasukan sukarelawan volunteer dari Maggi dan Nestle yang sudi mengadakan aktiviti CSR Corporate social responsibility ini bersama kami, disamping meluangkan masa dengan kanak-kanak. Majlis ini ternyata telah merapatkan hubungan pada bulan puasa dan Hari Raya kami amat menghargai acara istimewa ini,” katanya.”

Mari kongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan. Sokongkan usaha murni ini melalui bayaran zakat online eZakatonline yang mudah dan cepat. Sumbangan anda membawa harapan dan senyuman. Hulurkan bantuan hari ini untuk masa depan mereka.

Scroll to Top