McDonald’s Malaysia Ukir Senyuman Anak-Anak Yatim, Raikan Hari Jadi Kanak-Kanak

McDonald’s Malaysia kembali membawa keceriaan kepada 12,000 anak-anak yatim dari 400 rumah-rumah kebajikan menerusi salah satu inisiatif kemasyarakatannya, Program Bulan Komuniti, bermula semalam.

Program yang diasaskan sejak tahun 2017 itu dikhususkan untuk meraikan hari jadi kanak-kanak yang kurang bernasib baik dengan sambutan hari jadi yang istimewa dan bermakna bagi mencipta detik-detik indah yang akan mereka ingati. Program ini dijalankan oleh kesemua restoran McDonald’s Malaysia yang kini mempunyai lebih 370 cawangan di seluruh negara.

“Saya memuji usaha McDonald’s Malaysia kepada kanak-kanak yang memerlukan ini kerana mereka sangat memerlukan sokongan emosi daripada masyarakat. Jadi, saya amat berbesar hati dengan kedatangan McDonald’s Malaysia pada hari ini untuk meraikan anak-anak yatim, menceriakan mereka dengan dekorasi yang cantik dan suasana yang meriah ini. Saya yakin, ini adalah pengalaman yang tidak akan mereka lupakan” kata Muhammad Akmal Yosuf, Pengurus Rumah Titian Kaseh.

Selain itu, McDonald’s Malaysia turut menyerahkan sumbangan barang keperluan dan wang tunai kepada rumah-rumah kebajikan yang terlibat bagi membantu meningkatkan keselesaan dan kesejahteraan kanak-kanak jagaan mereka.

Scroll to Top