Media Prima Bhd (MPB) Agih Daging Korban Kepada 10 Rumah Asnaf Di Sekitar Lembah Klang

Warga kerja Media Prima Berhad hari ini bergotong-royong melaksanakan Program Ibadah Korban 2025 yang bermakna sebagai lambang keimanan dan perpaduan.

Pengerusi Surau Media Prima, Fauzi Hashim, berkata sebanyak 20 lembu dan lima kambing dikorbankan tahun ini, berbanding 12 lembu tahun lalu. Penyertaan tahun ini membabitkan 140 peserta dan lebih 150 sukarelawan bekerjasama menguruskan perjalanan program serta proses daging bermula daripada melapah, memotong tulang, membungkus, mengagihkan dan memasak.

Agihan korban MPB tahun ini diberikan kepada 10 rumah asnaf di sekitar Lembah Klang antaranya Rumah Titian Kaseh.

Pusat Jagaan Titian Kaseh, lebih dikenali sebagai Rumah Titian Kaseh (RTK) merupakan sebuah badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada tahun 1998 dengan tujuan untuk menyediakan tempat perlindungan bagi kumpulan yang memerlukan seperti anak-anak yatim piatu atau terbiar, ibu tunggal, wanita teraniaya, orang kurang upaya (OKU).

Scroll to Top