Memahami Penderaan dan Pengabaian Kanak-Kanak

Penderaan dan pengabaian kanak-kanak merupakan isu serius yang memberi kesan negatif terhadap perkembangan fizikal, emosi, dan mental kanak-kanak. Penderaan boleh berlaku dalam pelbagai bentuk seperti penderaan fizikal, emosi, seksual, dan juga pengabaian keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal dan kasih sayang.

Penderaan fizikal melibatkan tindakan yang menyakitkan tubuh kanak-kanak seperti memukul, menampar atau mencederakan mereka. Penderaan emosi pula berlaku apabila kanak-kanak dimarahi secara melampau, dihina atau diabaikan secara berterusan sehingga menjejaskan keyakinan diri mereka. Penderaan seksual pula merujuk kepada  sebarang sentuhan atau perlakuan seksual terhadap kanak-kanak tanpa kerelaan mereka.

Pengabaian pula berlaku apabila ibu bapa atau penjaga gagal menyediakan keperluan asas kanak-kanak seperti makanan, pakaian, pendidikan and penjagaan kesihatan. Ini boleh menyebabkan kanak-kanak terdedah kepada bahaya dan membesar dalam persekitaran yang tidak selamat.

Kesannya, kanak-kanak yang didera atau diabaikan mungkin mengalami trauma, kemurungan, kesukaran belajar, dan masalah dalam hubungan sosial. Oleh itu, adalah penting bagi masyarakat, pihak berkuasa, dan institusi pendidikan untuk memainkan peranan aktif dalam mengenal pasti dan melindungi kanak-kanak daripada penderaan dan pengabaian demi masa depan meraka yang lebih cerah.

Scroll to Top