OPPO Bawakan Kegembiraan Kepada Rumah Titian Kaseh

OPPO Malaysia berbesar hati untuk menyumbang kepada masyarakat di bulan Ramadan ini dengan membawa kegembiraan dan keceriaan kepada kanak-kanak di Rumah Titian Kaseh. Untuk menyemarakkan lagi semangat perayaan ini, OPPO telah menyumbang sejumlah barangan keperluan dan bantuan kewangan bernilai RM10,000.00.

Lebih mengujakan adalah, Elfira Loy, penyanyi dan pelakon terkenal Malaysia turut hadir sebagai tetamu khas bagi meluangkan masa bersama kanak-kanak ini. Sempena bulan Ramadan ini, OPPO Malaysia telah menyediakan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan termasuklah sesi berbuka puasa di RTK.

Pada lewat petangnya, ketika pertunjukan dari maskot Ollie sedang menghiburkan kanak-kanak, Elfira Loy mengambil peluang untuk mengedarkan beg hadiah dan barangan keperluan untuk rumah.

Kami sangat teruja dengan sumbangan yang diberikan oleh OPPO kepada rumah kebajikan kami. Ianya sangat membantu terutamanya dalam menyediakan pakaian dan keperluan untuk kanak-kanak disini sempena Hari Raya yang akan datang.

Rumah Titian Kaseh ditubuhkan pada tahun 1998 dengan tujuan melindungi ibu tunggal dan anak yatim. Objektif utamanya adalah untuk membantu memperbaiki dan memulihkan kualiti hidup para penghuninya, sehingga mereka dapat berdikari. Sehingga kini rumah kebajikan ini menempatkan seramai 95 orang kanak-kanak termasuk 25 orang dari kalangan ibu tunggal, OKU dan warga emas.

Scroll to Top