MAK PAH

PENGASAS / PENGETUA / PENYELIA

RUMAH TITIAN KASEH

HJH SHARIFAH BT ADLAN

Sharifah Bt Adlan, lebih dikenali sebagai Mak Pah mengikut suaminya untuk bekerja di Kuala Lumpur. Selepas suami meninggal dunia, Mak Pah yang sebelum itu berada dalam zon selesa terpaksa berdikari dan bertahan untuk tetap meneruskan kehidupan.  

Memegang status ibu tunggal bukanlah sesuatu yang mudah di samping memikul tanggungjawab besar sebagai ibu dan ayah untuk membesarkan anak-anak. Berdepan dengan mereka yang mengalami pelbagai kesukaran khususnya untuk kembali bangkit selepas berubah status, Mak Pah ingin membantu mereka supaya tidak melemahkan semangat demi anak-anak, positifkan diri dan berubah kepada kehidupan yang lebih baik.

Sebagai seorang yang berwawasan, Mak Pah ingin membuka lembaran baru, membantu dan membela mereka yang kurang bernasib. Beliau mengasaskan Rumah Titian Kaseh pada tahun 1998 ketika umurnya 45 tahun. Pada mulanya, Mak Pah hanya membantu empat ibu dan tujuh belas anak. Apabila bilangan anak-anak semakin banyak, orang mula memberi perhatian dan sokongan kepada mereka.

Impian Mak Pah adalah untuk menjadikan rumah ini ibarat satu keluarga, sebagai sekolah untuk ibu, orang yang memerlukan, terutama untuk anak-anak. Beliau berhasrat segala ruang kasih sayang diisi agar anak-anak tidak merasa kekurangan malah turut menyemai nilai-nilai positif yang boleh dijadikan panduan serta pedoman bila besar nanti. 

Kata Mak Pah, “Hari ini, terdapat 100 anak di bawah jagaan saya, daripada latar belakang keluarga dan budaya yang berbeza, serta lingkungan umur. Adalah sangat penting untuk anak-anak mendapat pendidikan yang sewajarnya dan diberi setiap peluang untuk belajar sebanyak mungkin tentang kehidupan”.

Scroll to Top