Penipuan Derma Amal Dan Cara-cara Mengelak Scam Penipuan

Dalam era digital hari ini, ramai individu yang berhati mulia ingin menyumbang kepada badan kebajikan seperti Rumah Titian Kaseh. Namum, malangnya, terdapat juga pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan dengan melakukan penipuan derma amal. Penipu ini sering menggunakan nama badan kebajikan terkenal untuk memancing simpati dan wang daripada orang ramai.

Antara taktik biasa termasuklah mesej palsu melalui WhatsApp atau media sosial yang menggunakan logo dan nama organisasi, panggilan telefon kononnya mewakili pusat kebajikan, serta laman web palsu yang menyerupai laman rasmi. Oleh itu, amat penting untuk para penderma menyemak terlebih dahulu kesahihan maklumat sebelum membuat sebarang sumbangan.

Berikut adalah cara-cara mengelakkan scam penipuan:

1. Periksa laman web rasmi badan kebajikan seperti www.rumahtitiankaseh.org.my

2. Hubungi terus organisasi untuk pengesahan, Tel: 03-40235769 untuk RTK

3. Elakkan berkongsi maklumat perbankan melalui pautan mencurigakan

4. Gunakan saluran pembayaran yang sah dan selamat

Mari bersama-sama melindungi niat baik kita agar benar-benar sampai kepada mereka yang memerlukan. Teruskan menyumbang, tetapi dengan bijak dan berwaspada.

Rumah Titian Kaseh merupakan sebuah badan kebajikan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang telah beroperasi sejak tahun 1998.

Scroll to Top