Petronas Rai 50 Keluarga Kurang Mampu Sempena Ramadan

Program Pasar Percuma Hari Raya itu dianjurkan sukarelawan dari anak syarikat Petronas, Petronas Gas Berhad (PGB) dan jabatan undang-undang Petronas yang bekerjasama menjalankan program tersebut.

Manakala untuk barangan terpakai yang dikumpul hasil pemberian petugas Petronas, kita telah pastikan barangan yang diberi masih kelihatan baharu,
dalam keadaan yang elok dan boleh digunakan untuk menyambut Hari Raya. Sedikit sebanyak ia dapat membantu meringankan beban golongan yang tidak berkemampuan membuat persediaan Hari Raya.

Terima kasih Petronas. Sumbangan persiapan raya ini sungguh bermakna. Setahun
sekali mengenakan pakaian baru selepas kemenangan di bulan Ramadan, pasti
anak-anak kami teruja dan gembira.

Pada kebiasaannya, pakaian anak-anak kami adalah pakaian terpakai sumbangan
masyarakat. Mana yang masih elok dan sesuai, pihak pengurusan akan asingkan
untuk kegunaan penghuni di rumah kami. Ini termasuklah anak-anak dari umur 6
bulan hingga 17 tahun lelaki dan perempuan.

Bagi anak-anak pula, ada masanya pakaian si anak A adalah juga pakaian si anak
B. Begitulah semangat perkongsian mereka walaupun bukan dari darah daging yang
sama, tetapi ikatan kekeluargaan yang terbina secara sendiri di rumah kami dan
sangat utuh.

Scroll to Top