Program “Sentuhan Kaseh 2025” Wang-Zheng Berhad Menyantuni Rumah Titian Kaseh

Pada 12 Oktober 2025, Rumah Titian Kaseh, Titiwangsa telah diraikan sebagai salah satu lokasi terpilih dalam inisiatif program kebajikan “Sentuhan Kaseh 2025” anjuran Wang-Zheng Berhad sebagai sebahagian daripada komitmen mereka dalam tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan usaha menerapkan nilai ESG (Environmental, Social & Governance).

Program ini menyaksikan seramai 17 sukarelawan daripada pelbagai jabatan syarikat terlibat secara langsung dalam lawatan dan penyerahan bantuan kepada semua penghuni di Rumah Titian Kaseh.

Dalam sesi tersebut, pihak Wang-Zheng Berhad telah menyerahkan sumbangan barangan keperluan asas serta meluangkan masa berkualiti bersama penghuni, menjalin hubungan mesra melalui aktiviti interaktif yang dirancang khusus untuk membawa keselesaan, kegembiraan dan sokongan emosi kepada komuniti rumah kebajikan.

Lawatan Sentuhan Kaseh 2025 bukan sahaja bertujuan menyampaikan bantuan material, tetapi turut menzahirkan semangat prihatin dan solidariti korporat yang memberi galakan kepada more CSR yang berimpak. Rumah Titian Kaseh amat menghargai keprihatinan serta komitmen Wang-Zheng Berhad dalam menyokong kesejahteraan komuniti yang kurang bernasib baik.

Semoga kerjasama mulia seperti ini akan diteruskan pada masa hadapan dan menjadi inspirasi kepada lebih banyak organisasi untuk bersama menyumbang terhadap misi kemanusiaan demi kesejahteraan bersama.

Scroll to Top