Prokhas Sdn Bhd Back to School Sumbangan Untuk Rumah Titian Kaseh

Dalam usaha meneruskan usaha menyokong keperluan asas Rumah Titian Kaseh. Prokhas Sdn Bhd telah mengambil inisiatif menganjurkan program back to school dengan sumbangan barangan sekolah kepada anak-anak Rumah Titian Kaseh. 

Sumbangan tersebut merangkumi pakaian sekolah, pakaian sukan,  kasut, stokin dan alat tulis, menyasarkan pelajar dari peringkat prasekolah hingga sekolah menengah. Dengan keperluan asas pelajar seperti ini ditunaikan, beban kewangan Rumah Titian dapat dikurangkan ketika menjelang sesi persekolahan baru. 

Inisiatif corporate social responsibility ini bukan sahaja memenuhi keperluan material, tetapi juga menyuntik semangat dan keyakinan kepada anak-anak agar dapat memulakan tahun persekolahan dengan lebih ceria dan bersedia. Selain itu, kerjasama antara sektor swasta dan rumah kebajikan kami ini menggambarkan betapa pentingnya solidariti masyarakat dalam membentuk masa depan generasi muda.

Semoga program CSR seperti ini diterukan oleh lebih banyak pihak di masa akan datang, agar tiada anak yang ketinggalan disebabkan kekangan keperluan asas.

Scroll to Top