Punca-Punca Anak Yatim

Anak yatim merujuk kepada kanak-kanak yang kehilangan salah seorang atau kedua-dua ibu bapa mereka. Terdapat pelbagai sebab yang menyumbang kepada peningkatan jumlah anak yatim di Malaysia dan di seluruh dunia.

Pertama sekali, kematian akibat penyakit kronik seperti kanser, penyakit jantung, dan AIDS merupakan antara punca utama. Apabila salah seorang ibu bapa meninggal dunia akibat penyakit ini, anak-anak yang masih kecil terpaksa hidup tanpa penjagaan dan kasih sayang sepenuhnya.

Selain itu, kemalangan jalan raya juga menyumbang kepada peningkatan jumlah anak yatim. Di Malaysia, statistik menunjukan bahawa kemalangan maut sering melibatkan ibu bapa yang meninggalkan anak-anak tanpa penjaga.

Perang dan konflik bersenjata di beberapa negara juga menyebabkan kanak-kanak kehilangan ibu bapa. Walaupun Malaysia tidak terlibat secara langsung, pelarian dari negara bergolak yang datang ke sini kadang-kadang membawa bersama anak-anak yatim.

Tambahan pula, masalah sosial seperti penagihan dadah, pengabaian tanggungjawab ibu bapa, and penderaan rumah tangga turut menjadi faktor. Ada ibu bapa yang meninggalkan anak-anak mereka kerana tidak mampu atau tidak mahu bertanggungjawab.

Akhir sekali, bencana alam seperti banjir, gempa bumi, dan tsunami juga boleh memyebabkan kehilangan nyawa ibu bapa secara mendadak.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai faktor yang memyebabkan kewujudan anak yatim. Oleh itu, masyarakat perlu memainkan peranan penting dalam memberikan sokongan moral, pendidikan, dan tempat perlindungan kepada anak-anak ini supaya mereka dapat membesar dalam persekitaran yang selamat dan penuh kasih sayang.

Scroll to Top