Pengurusan Rumah Titian Kaseh Titiwangsa tidak hanya
menunggu sumbangan awam sebaliknya pelbagai inisiatif dilakukan bagi memperoleh
dana menampung keperluan pusat kebajikan.
Pengasasnya, Sharifah Adlan, atau mesra dipanggil Mak Pah berkata, kos operasi
diperlukan adalah sebanyak RM60,000 sebulan merangkumi gaji 12 pekerja, sewa
premis, utiliti dan perbelanjaan persekolahan 40 pelajar tidak termasuk kos
makan minum.
Menurutnya, mereka sebelum ini menjual kudapan biskut, roti dan popia keju
sebelum mula membuka kafe berkonsep kios di pekarangan pusat jagaan itu sejak
Mei lalu. Sambutan diterima dalam kalangan pelanggan menggalakkan susulan
lokasinya strategik berhampiran pusat riadah Taman Titiwangsa.
Harap lebih ramai datang memberikan sokongan kepada perniagaan kami. Selain
menikmati hidangan, pelanggan dapat bersedekah dan sedikit sebanyak membantu
kos operasi kami.
Katanya, soal makan tidak menjadi kebimbangan buat mereka kerana sentiasa cukup
melalui sumbangan orang ramai. Cuma kami perlu cari dana untuk kos operasi lain
termasuk bagi kegunaan kecemasan seperti kos penyelenggaraan van yang digunakan
untuk pengangkutan pelajar.
Daripada tiga van, dua daripadanya kerap bermasalah. Kami berhasrat mengumpul
dana untuk membeli van baharu bagi keselesaan pelajar-pelajar.
Kalau boleh jika ada syarikat korporat atau orang awam yang sudi membantu
termasuk tajaan van baharu sangat kami alukan.