Rumah Titian Kaseh (RTK) amat mengalu-alukan sumbangan dan
sokongan ikhlas daripada syarikat-syarikat korporat dan
individu untuk merealisasikan matlamat serta menyokong
usaha kami untuk membantu dan memberi harapan
kepada mereka menguruskan kehidupan yang lebih baik.
Marilah kita menyumbang. Setiap sumbangan yang
diberikan amatlah dihargai. Kami akan menggunakannya
untuk menampung kos operasi keperluan harian penghuni.
Pihak RTK mengharapkan sokongan berterusan dan ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan anda.