Sumbangan Bait Al Rizq Ke Rumah Titian Kaseh

Cawangan Khidmat Sosial & Komuniti, Masjid Wilayah Persekutuan meneruskan misi sumbangan mereka buat anak-anak dan warga Rumah Titian Kaseh, sebanyak 40 pek barangan Bait al-Rizq berjaya diserahkan hari ini. 

Lebih istimewa, dua pasangan diterbang khas dari Perancis turut serta memberi sumbangan dan menyertai penyerahan ini. Merci beaucoup atas keprihatinan.

Tidak dilupakan juga, jutaan terima kasih kepada para penyumbang dari Masjid Wilayah Persekutuan yang sentiasa menyokong Bait al-Rizq ini.

Sedikit dari kita, besar maknanya buat mereka. Semoga aliran kebaikan ini terus mengalir tanpa henti.

Scroll to Top