Sumbangan Bakul Makanan Untuk Asnaf Dan Anak Yatim

“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat” 
(HR Muslim)

Bersama hulurkan tangan, ringankan beban bagi mereka yang memerlukannya kerana setiap kebaikan yang dilakukan pasti dinilai dan diberikan kebaikan oleh Allah SWT walaupun sebesar zarah.

Anak anak yatim adalah amanah kita bersama, dan memastikan mereka mendapat bekalan makanan yang mencukupi dan berkhasiat adalah tanggungjawab kita bersama. Sumbangan anda bukan sahaja mengisi perut mereka, malah membawa senyuman dan rasa dihargai.

Anak yatim dan asnaf seringkali terpinggir dalam memenuhi keperluan asas seperti makanan. Melalui kempen ini, kita ingin memastikan mereka mendapat bekalan makanan diperlukan. Setiap bakul makanan mewakili kasih sayang dan keprihatinan kita sebagai umat Islam.

Kami berharap kempen ini turut akan berjaya dan dapat memanfaatkan lebih ramai penerima. Setiap sumbangan anda akan digunakan untuk menyediakan keperluan asas seperti beras, minyak, gula, tepung, telur, ayam, mi segera, kopi milo dan barangan makanan lain bagi meringankan beban rumah kita sepanjang bulan yang mulia ini.

Mungkin bantuan ini tidaklah seberapa dan kekal lama. Namun, sedikit sebanyak kita yakin dengan usaha ini, ianya mampu meringankan beban dalam meneruskan kehidupan seharian. Kami memohon jasa baik tuan/puan sekalian bersama kami menjayakan program bakul makanan ini lebih-lebih lagi dalam kita berusaha untuk membantu anak anak kita yang memerlukan. Jom bantu!

Scroll to Top