Sumbangan Masjid Wilayah Bait Al Rizq Ke Rumah Titian Kaseh

Cawangan Khidmat Sosial & Komuniti, Masjid Wilayah Persekutuan meneruskan misi sumbangan mereka buat anak-anak dan warga Rumah Titian Kaseh, sebanyak 40 pek barangan Bait al-Rizq berjaya diserahkan hari ini. 

Dengan initiatif seperti ini, Bait Al Rizq terus memainkan peranan penting dalam meringankan beban mereka yang memerlukan dan mempereratkan hubungan dalam komuniti islam. Aktiviti seperti ini bukan sahaja memberikan manfaat kepada penerima, malah turut memberi inspirasi kepada orang ramai untuk terus bersama-sama menyumbang kepada kebajikan masyarakat islam.

Lebih istimewa, dua pasangan diterbang khas dari Perancis turut serta memberi sumbangan dan menyertai penyerahan yang dianjurkan oleh Masjid Wilayah ini. Merci beaucoup atas keprihatinan.

Tidak dilupakan juga, jutaan terima kasih kepada para penyumbang dari Masjid Wilayah Persekutuan yang sentiasa menyokong Bait al-Rizq ini.

Sedikit dari kita, besar maknanya buat mereka. Semoga aliran kebaikan islam ini terus mengalir tanpa henti.

Scroll to Top