Tiada Alasan Untuk Penderaan Kanak-Kanak

Kanak-kanak adalah amanah Allah yang perlu dilindungi, disayangi dan dihargai. Justeru, tiada tolakan atau pembenaran sama sekali untuk menyakiti mereka – fizikal, emosi atau mental. Setiap bentuk penderaan boleh merosakkan jiwa, mencederakan harapan dan menghancurkan masa depan yang sepatutnya penuh sinar.

Di Rumah Titian Kaseh, kami komited menyediakan persekitaran yang selamat dan penuh kasih sayang kepada anak yatim, ibu tunggal, OKU, dan golongan terpinggir sejak 1998. RTK berfungsi sebagai tempat perlindungan dan keluarga sementara, menyokong keperluan asas dan pembangunan rohani, emosi dan intelektual penghuni-nya. Aktiviti seperti kelas pendidikan, bengkel kemahiran, sesi kaunseling dan program kebajikan dijalankan secara konsisten untuk menyuburkan potensi mereka.

Kita semua berperanan untuk memastikan tiada kanak-kanak menjadi mangsa dalam masyarakat. Sokongan anda dari sumbangan kewangan, barangan harian, tenaga sukarelawan dan doa – membawa erti besar kepada mereka yang terpinggir. Bersama RTK, mari kita hapuskan penderaan kanak-kanak dan bina masyarakat yang lebih penyayang serta bertanggungjawab.

Scroll to Top