Program Titipan Kasih Harian Metro Bersama Kedai Ayamas diteruskan lagi dengan meraikan 62 penghuni Rumah Titian Kaseh. Selain dapat menyantuni penghuni rumah kebajikan, program berkenaan turut memberi sumbangan wang tunai dan barangan makanan.
Turut hadir, Pengarah Eksekutif Kedai Ayamas Abd Rahman berkata, pihaknya menghargai peluang diberikan Harian Metro untuk bersama-sama menyantuni rumah kebajikan dan masyarakat memerlukan.
Sementara itu, Pengasas Rumah Titian Kaseh Sharifah Adlan bersyukur rumah kebajikannya terpilih menerima sumbangan program Titipan Kasih Harian Metro Bersama Kedai Ayamas.
Katanya, Harian Metro satu-satunya akhbar yang memberikan sokongan secara berterusan sejak rumah kebajikannya beroperasi 26 tahun lalu dan berharap lebih banyak syarikat korporat akan turut sama tampil memberikan sumbangan.