Yayasan MR DIY Sumbang Baucar RM2000 Kepada Rumah Titian Kaseh

Yayasan MR DIY sumbang RM2000 baucar tunai, kotak bantuan ‘Raya
Sama-Sama Membantu’ yang dipenuhi dengan hiasan Hari Raya Aidilfitri. Ketua
Pegawai Eksekutifnya, Zaleha Mohd Mydin berkata, menerusi kempen ‘Raya
Sama-Sama’, mereka berpeluang membantu golongan kurang bernasib baik meraikan Syawal.

Menurutnya, dengan bantuan daripada sukarelawan MR DIY Cares ia dapat
membantu menjayakan CSR Program Corporate Social Responsibility. Tahniah kepada semua sukarelawan Volunteer MR DIY atas sokongan dan usaha yang tidak berbelah bahagi. Sebagai sebuah pasukan, kita berupaya untuk melakukan perubahan yang sebenar, Zaleha Mohd Mydin berkata.

Program ini menjai lebih menarik apabila turut disertai oleh penyanyi, pelakon dan pengacara TV popular Malaysia, Alif Satar, dan kumpulan pemuziknya The Locos. Kami bertuah kerana Alif Satar dan The Locos menyertai program ini. Kehadiran mereka sudah tentu menjadikan hari ini lebih diingati oleh anak-anak Rumah Titian Kaseh. “Terima kasih Alif dan The Locos,” katanya.

Hari Raya Aidilfitri adalah mengenai pengampunan dan mengeratkan hubungan
silaturahim antara satu sama lain. Kami memahami ramai yang tidak berpeluang
meraikannya bersama keluarga tersayang.

Rumah kebajikan dan pertubuhan lain yang turut menerima sumbangan Hari Raya Aidilfitri daripada MR DIY adalah: Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia, Rumah Anak-Anak Yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan, Pusat Jagaan Impian Syimah, Pusat Jagaan Sinar Berkat 

Rumah Titian Kaseh dikenali sebagai RTK merupakan sebuah Not for Profit Charity NGO yang ditubuhkan pada tahun 1998 dengan tujuan untuk menyediakan rumah perlindungan bagi kumpulan yang memerlukan seperti anak anak yatim atau terbiar, ibu tunggal, wanita teraniaya, bantuan OKU. Terletak berdekatan dengan Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur, pusat kami memainkan peranan yang penting dengan misi utama untuk memberikan bantuan, perlindungan, sokongan dan pembelaan kepada golongan yang kurang bernasib baik.

Mari kongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan. Sokongkan usaha murni ini melalui bayaran zakat online eZakatonline yang mudah dan cepat. Sumbangan anda membawa harapan dan senyuman. Hulurkan bantuan hari ini untuk masa depan mereka.

Scroll to Top